Jumat, 05 Oktober 2007

3D Graphic

Contoh Gambar 3D....



Grafik komputer 3D ialah salah satu bidang kajian dalam bidang grafik komputer yang memanipulasikan model-model berangka untuk objek tiga dimensi melalui komputer. Grafik sebegini paling biasa digunakan bersama-sama dengan animasi komputer untuk menjanakan imej pandangan bagi penerbitan filem dan televisyen, permainan komputer dan video, ilustrasi komersil, kejuteraan, dan penggambaran saintifik. Istilah "grafik komputer 3D" boleh juga digunakan untuk merujuk kepada imej-imej yang dihasilkan melalui model-model tersebut.Grafik komputer boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu grafik komputer masa-nyata dan grafik komputer bukan masa-nyata. Grafik komputer masa-nyata membenarkan pengguna berinteraksi dengannya. Contohnya ialah seperti permainan komputer, simulasi penerbangan dan sistem telusur maya. Manakala grafik bukan masa-nyata hanya membenarkan pengguna melihat sahaja. Contoh grafik bukan masa-nyata ialah filem animasi dan persembahan multimedia.

Tidak ada komentar: